42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim positif COVID-19 — MYKMU.NET

42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim positif COVID-19



42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim positif COVID-19

ALOR SETAR: Seramai 42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dikesan positif COVID-19 sehingga hari ini, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo.

Kakitangan hospital yang terdiri daripada doktor dan jururawat itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

“Sebelum ini, seramai 30 kakitangan telah dijangkiti COVID-19 dan terbaru 12 lagi dijangkiti (sejak semalam dan hari ini) dan sedang menjalani kuarantin di rumah kerana berada pada kategori satu dan dua.
“Kita belum dapat sahkan sama ada mereka ini dijangkiti virus membabitkan varian Delta, varian Beta atau varian lama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rabu lepas, kerajaan Kedah dalam satu kenyataan menafikan hospital itu ditutup dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan wabak dalam kalangan kakitangannya.

Kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman itu sebagai mengulas mesej tular dalam media sosial yang mendakwa HSAH ditutup selepas 100 petugasnya dijangkiti COVID-19.




— BERNAMA

42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim positif COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TPM terus arah wujudkan lagi hospital medan ATM di HTAR

Hospital Ampang bertukar status Hospital Full COVID-19



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: