UMNO sah tarik sokongan dan mohon Muhyiddin berundur
UMNO sah tarik sokongan dan mohon Muhyiddin berundur. Umno malam ini memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden Umno itu berkata keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Umno selepas membuat penelitian kepada tujuh perkara yang diambil PN selama ini.
Kata Ahmad Zahid, kerajaan PN gagal memenuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh Umno pada tahun lalu.
“Bagi memenuhi mandat sebulan suara perwakilan PAU 2020 dan berpandukan kepada tujug kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat tadi, maka tempoh memberi sokongan kepada Muhyiddin ditarik balik dan ditamatkan serta-merta,” katanya.
Justeru kata Ahmad Zahid, Umno mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik untuk satu tempoh yang terhad.
UMNO sah tarik sokongan dan mohon Muhyiddin berundur
Baca Artikel Menarik :
- Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO
- Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan
- UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali
- Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi
- Buat apa nak minta maaf – Ds Vida
- Resepi dalca tulang tanpa santan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.