Resepi Mee Jawa Sedap
Resepi Mee Jawa Sedap
Resepi Mee Jawa yang mudah untuk disediakan dan sangat sedap rasanya. Bahan dan cara penyediaan mee jawa adalah hampir serupa dengan mee rebus cuma bahan untuk mee jawa lebih ringkas.
Kita gunakan keledek kuning sebagai bahan untuk pemekat kuah. Rasa manis dari isi keledek dan air rebusan daging memang kunci utama penyedap mee jawa ini.
Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:20 orang
Bahan-Bahan:
2 paket mee kuning
minyak untuk menumis, anggaran 1/2 mangkuk
1 senduk cili kisar
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
air rebusan daging
3 ketul keledek, rebus dan tumbuk atau kisar halus
1 ketul kiub daging atau kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu besar udang kering
Bahan-bahan untuk taburan (condiment):
daging yang direbus, hiris nipis
telur rebus
taugeh, celur
daun bawang, hiris hiris
daun sup, hiris nipis
bawang goreng
cili merah, hiris nipis
limau nipis
tauhu goreng, hiris nipis
Cara Penyediaan:
Celur mee kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak terlalu melekat bila sejuk nanti.
Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.
Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.
Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan.
Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.
Tips:
Mee hanya perlu dicelur seketika supaya tidak lembik bila dihidangkan bersama kuah mee jawa nanti.
Selepas dicelur, taburkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak melekat apabila sejuk.
Resepi Che Nom
Resepi Mee Jawa Sedap
Baca Artikel Menarik :
- Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO
- Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan
- UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali
- Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi
- Buat apa nak minta maaf – Ds Vida
- Resepi dalca tulang tanpa santan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.