Resepi Daging Goreng Pedas Sedap

Resepi Daging Goreng Pedas Sedap

Daging goreng pedas memang sedap dimakan. Ramai yang dah cuba dan memberi komen yang ianya memang sedap.

Satu lagi resepi yang kita syorkan, anda patut cuba. Sangat mudah, tapi boleh buat diet anda kelaut.



Pastikan anda membeli daging yang segar, kalau yang import tu, pastikan beli yang dari Australia. Kebanyakan daging dari India kurang bermutu kerana daging lama. Bila masak pun daging tak semanis yang segar.

Bahan-Bahan:

300 gr daging, hiris nipis (hakak gunakan australian beef, knuckle block)
1 sdm kicap cair
2 sdm sos tiram
2 daun limau purut
garam/seasoning
gula

Bahan Kisar:



4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cili merah besar
cili padi merah, pedas ikut selera

Cara Masak:

1. Perap daging dengan sos tiram dan kicap cair selama 15-30 minit. Goreng daging sehingga garing, ketepikan.

2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan daun limau purut, kacau rata. Masukkan garam/seasoning dan gula secukupnya.



3. Masukkan daging goreng tadi, kacau lagi dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan dan melingkupkan diet korang.

Resepi Oleh Kuali Helena

Resepi Daging Goreng Pedas Sedap


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker