Ketua Bahagian UMNO cadang MKT gantung sementara tugas Zahid

Ketua Bahagian UMNO cadangan MKT gantung sementara tugas Zahid. Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan bermesyuarat malam ini perlu mengambil keputusan menggantung sementara tugas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga terjawab beberapa isu berkaitan presiden parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin berkata, ia sekali gus membolehkan MKT meneliti semula perkara yang telah dilakukan Ahmad Zahid dalam mentadbir parti.

“Ini memerlukan jiwa besar MKT untuk memperbaiki UMNO kepada landasan sebelum ini.

“Presiden perlu digantung sementara tugasnya supaya MT menilai semula perkara-perkara yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO lepas.

“Perkara ini sebenarnya kena dibicarakan untuk mencari jalan penyelesaian, apabila Presiden mengaku (suaranya dalam audio bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim) maksudnya dari segi integriti sudah tidak boleh dipercayai lagi untuk (pemilihan) akan datang,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Selasa, sumber MKT mendedahkan Ahmad Zahid mengakui suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR sebelum ini adalah suaranya.

Sumber itu turut menjelaskan, presiden parti turut membuat pengakuan telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri semasa pertemuan yang berlangsung selama lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada malam Isnin.

Sebelum ini, Mohd Fuad pernah melahirkan rasa bimbang wujud satu perjanjian sulit serta perancangan politik antara Ahmad Zahid dan Anwar sekiranya rakaman audio tular itu benar-benar sahih.

Jelas beliau, sekiranya rakaman perbualan telefon itu benar-benar tulen, ia sangat menyedihkan kerana itu bukti jelas Ahmad Zahid seolah-olah telah menipu dan mengkhianati seluruh ahli UMNO.

Mesyuarat tertutup antara Ahmad Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin tertinggi termasuk Datuk Seri Najib Razak berakhir sehingga tengah malam Isnin.

Difahamkan, Ahmad Zahid akan membawa cadangan yang sama kepada MKT selepas majoriti Ahli Parlimen UMNO menolaknya dan menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.

Selain, keputusan juga dicapai bahawa Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan.

Sebelum ini, Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi yakin parti itu akan keluar serta menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Memetik laporan Sinar Harian, keyakinan itu adalah berdasarkan pendirian setiap ahli MKT UMNO untuk meneruskan langkah tersebut, malah lebih awal iaitu sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos.

Terbaharu, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membuat gesaan itu atas alasan Ahmad Zahid tidak lagi mempunyai kredibiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Bahagian UMNO cadangan MKT gantung sementara tugas Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium : Asyraf lobi Menteri UMNO bawa suara rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker