Lebih 50 rumah rosak akibat ribut

Lebih 50 rumah rosak akibat ribut

Kuala Terengganu: Kejadian ribut dan hujan lebat yang berlaku petang tadi menyebabkan lebih 50 rumah di Perumahan Padang Setengge, Hulu Terengganu rosak.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan bumbung beberapa rumah di kawasan perumahan berkenaan diterbangkan angin.

Ia turut menyebabkan beberapa batang pokok tumbang sehingga menghalang laluan utama untuk keluar ke jalan utama di kawasan berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Terengganu Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada 6.40 petang.

“Kita ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan dan melakukan operasi pemotongan serta membersihkan kawasan yang terbabit.

“Kita tidak pasti jumlah sebenar rumah yang terbabit tetapi dianggarkan 50 rumah rosak akibat kejadian ribut ini dan pihak jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) sedang membuat tinjauan.

“Melihat kepada keadaan kerosakan itu, kita berkemungkinan akan membuka pusat pemindahan sementara (PPS) sama ada di surau atau sekolah bagi menempatkan kesemua mangsa.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan,” katanya. HM

Lebih 50 rumah rosak akibat ribut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker