Nikah di Siam, Timbalan Menteri minta maaf
Nikah di Siam, Timbalan Menteri minta maaf
Isu nikah tular, timbalan menteri PAS mohon maaf, enggan ulas lanjut
Selain memohon maaf berhubung isu perkahwinan yang tular, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Che Abdullah Mat Nawi, mengingatkan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang cuba mengaib serta menjatuhkan maruahnya.
Che Abdullah yang enggan mengulas lanjut isu itu, kini menyerahkan kepada peguam dilantik bagi mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkenaan.
“Isu tular itu membabitkan peribadi dan privasi keluarga yang tidak sepatutnya diketahui umum. Saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya isu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya dalam minggu ini menyinggung mana-mana pihak.
“Isu seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Ia seolah-olah berniat mahu mengaibkan atau menjatuhkan maruah saya sekeluarga atau mungkin untuk mengganggu kerja-kerja saya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Jelapang Padi Seberang Perak, Pasir Salak, menurut laporan Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Che Abdullah yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, isu itu sewajarnya ditangani secara peribadi dan bukan untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai.
Beliau turut berharap masyarakat menghormati privasinya dan keluarga.
“Sehubungan itu, saya memohon kepada semua pihak supaya memberi keadilan dan ruang kepada saya untuk menyelesaikan isu ini dengan baik.
“Alhamdulillah isu ini tidak mengganggu saya untuk terus melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Ahli Parlimen,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan dan media yang memberikan semangat serta doa untuk berdepan isu tersebut.
Terdahulu, tular salinan “surat nikah” dari negara jiran, dengan butiran menyatakan seorang Ahli Parlimen bernikah dengan seorang wanita pada 1 Jun lalu.
Turut tersebar di media sosial video memaparkan seorang individu melafazkan akad secara dalam talian, melibatkan seorang jurunikah dari negara jiran dan dua saksi. FMT
Nikah di Siam, Timbalan Menteri minta maaf
Baca Artikel Menarik :
- Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai
- Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden?
- Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO]
- Sweet Qismina minta doa cepat dihalalkan
- Pizza Musang King Dapur Kayu Mystreet Kitchen
- Resepi Ayam Goreng Madu Mamak
Layari Laman Facebook MYKMU
Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB