Lidah Remaja Dipotong Ketika Usia Lima Tahun Mohon Bantuan Orang Ramai
Lidah Remaja Dipotong Ketika Usia Lima Tahun Mohon Bantuan Orang Ramai
GURUN: Seorang remaja dari Kampung Sungai Badak, Gurun di sini tidak mampu berkomunikasi dengan baik selepas lidahnya terpaksa dipotong berikutan penyakit ‘cystic hygroma’ dihidapi sejak kecil.
Ibunya, Noor Azila Abdul Rahim, 34 berkata, anak lelakinya, Muhammad Amirul Haiqal Muhammad Shahizan, 13 dikesan mengidap penyakit itu ketika berusia dua minggu selepas sukar bernafas.
Noor Azila berkata, keadaan anak sulung daripada lima beradik itu semakin serius ketika berusia lima tahun apabila lidahnya terjelir keluar dari mulut sebelum dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
“Kini, Muhammad Amirul perlu berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dan bertemu doktor pakar setiap bulan disebabkan penyakit dihidapinya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurut Noor Azila, anak sulungnya itu boleh bercakap bagaimanapun percakapannya agak tidak telor dan pertuturannya tidak seperti remaja seusianya disebabkan lidahnya dipotong lebih kurang lapan tahun lalu.
“Sejak dua bulan lepas, muka dan leher Muhammad Amirul juga makin membengkak hingga mengusarkan kami sekeluarga,” katanya.
Tambahnya, suaminya, Muhammad Shahizan Mohd Shafie, 36, hanya bekerja di sebuah pasaraya dengan pendapatan lebih kurang RM1,800 setiap bulan demi menyara mereka tujuh beranak.
Katanya, sebelum ini, anak sulungnya itu ada menerima wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan dan digunakan untuk segala keperluan Muhammad Amirul.
“Namun, kami menerima surat memaklumkan pemberhentian wang bantuan bulanan itu, sedangkan wang itulah sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kami untuk ulang alik ke hospital,” katanya.
Noor Azila berkata, disebabkan itu, pendapatan suaminya itu kini tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga termasuklah kos barang keperluan dan perjalanan Muhammad Amirul setiap bulan bertemu doktor selain sewa rumah serta barangan asas.
“Tambahan pula, saya tidak bekerja dan memiliki empat anak termasuk Muhammad Amirul yang sedang bersekolah, selain baru melahirkan anak bongsu kira-kira empat bulan lalu,” katanya.
Bagaimanapun, kesengsaran hidup yang ditanggung oleh adik Muhamad Amirul yang meruntun hati sesiapa sahaja yang memandangnya mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit.
Sabri berkata, pihaknya tampil menyampaikan sumbangan kerana prihatin dengan keadaan ditanggung remaja berkenaan yang dipotong lidah dalam satu pembedahan ketika dia berusia lima tahun.
Menurutnya, dia juga sangat terkesan apabila dimaklumkan tentang penamatan wang bantuan untuk Muhammad Amirul dan pihaknya telah melakukan perbincangan bersama JKM berhubung perkara tersebut.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan JKM akan mengambil tindakan segera memandangkan Muhammad Amirul layak untuk terus menerima bantuan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung terus dengan ibu adik Muhamad Amirul di talian 018-4696641 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional 0200641100012794 atas nama Noor Azila Abd Rahim.-SH
Lidah Remaja Dipotong Ketika Usia Lima Tahun Mohon Bantuan Orang Ramai
Baca Artikel Menarik :
- Empat kilang, 20 premis diarah tutup: Ismail Sabri
- Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?
- Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO]
- Foto seksi Azira Shafinaz jadi perhatian
- Resepi Daging Masak Rose viral
- Antara Covid-19 dan rebut kuasa
Layari Laman Facebook MYKMU
Kisah Benar Bila Gadis Ini Miliki Dua Vagina, Alami Dua Haid Serentak [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.