Doa Kamal Adli untuk Uqasha Senrose

Sebaran :

Doa Kamal Adli untuk Uqasha Senrose

Yang baik-baik saja saya doakan untuk awak – Kamal Adli

Pelakon Kamal Adli mendoakan kekasih hatinya, Uqasha Senrose agar dikurniakan dan dilimpahkan segala perkara yang baik serta positif dalam melayari kehidupan mendatang.

Menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagram, Kamal mengambil kesempatan tersebut sempena hari ulang tahun kelahiran Uqasha yang ke-29 hari ini.



“Happy birthday to my special girl (selamat hari lahir untuk gadis istimewa saya). Saya tahu bagaimana perasaan sedih awak apabila hari ulang tahun jatuh masa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Maafkan saya jauh pula tahun ini di seberang daerah. Apapun semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan termasuk urusan kita.

“Insya-Allah yang baik-baik saja saya doakan untuk awak. Tak lama lagi dah tak single (solo) okey,” tulisnya berseloroh beserta emoji berbentuk hati.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut turut memberikan ucapan hari lahir buat Uqasha dan mendoakan hubungan kedua-dua pasangan romantis itu diberkati.



“Selamat hari ulang tahun kelahiran kak Usha. Semoga dipanjangkan usia dan sihat selalu. Tak sabar nak makan nasi minyak.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian berdua. Dimakbulkan apa yang dihajati. Cepat-cepat nikah, peminat tak sabar menunggu,” kata netizen.

Terdahulu, pemilik nama lengkap Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.



Sekitar Mac lalu, Kamal dan Uqasha mengesahkan bakal diijabkabulkan namun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka.

Mengikut perancangan, pasangan itu bakal mengadakan majlis akad nikah dan tiga majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan. K Online

Doa Kamal Adli untuk Uqasha Senrose


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *