Dua individu lari dari PPR Pantai Ria dikenal pasti
Dua individu lari dari PPR Pantai Ria dikenal pasti
Polis sudah mengenal pasti dua lelaki sementara seorang lagi belum diketahui identitinya selepas melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir, di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, individu pertama berusia 34 tahun di mana semakan mendapati dia memiliki enam rekod kesalahan dadah dan jenayah lain seperti samun, curi dan lain-lain.
Menurutnya, suspek kedua pula berusia 46 tahun dan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau kes pecah rumah dan dadah.
“Laporan polis sudah dibuat jam 4.51 petang selepas tular video membabitkan tiga individu dilihat keluar dari kawasan PKPD.
“Hasil siasatan dua lelaki terbabit warga tempatan manakala seorang lagi tidak dapat dipastikan melarikan diri menerusi pagar berduri jenis dawai besi yang diletakkan di sekeliling blok berkenaan.
“Pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati terdapat dawai besi rosak dan dipercayai digunakan tiga individu berkenaan untuk melarikan diri,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Anuar berkata, orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular itu dan hendaklah mematuhi semua peraturan ditetapkan kerajaan.
“Usaha mengesan individu terbabit sedang giat dijalankan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai penagih dadah yang melarikan diri dari PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, di sini, dikenakan PKPD.
Dua individu lari dari PPR Pantai Ria dikenal pasti
Baca Artikel Menarik :
- Empat kilang, 20 premis diarah tutup: Ismail Sabri
- Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?
- Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO]
- Foto seksi Azira Shafinaz jadi perhatian
- Resepi Daging Masak Rose viral
- Antara Covid-19 dan rebut kuasa
Layari Laman Facebook MYKMU