Sekatan Pergerakan Penuh gagal, buat rakyat kecewa

Sebaran :

Sekatan Pergerakan Penuh gagal, buat rakyat kecewa. Rakyat Selangor meluahkan rasa kecewa apabila pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh pada Jun lalu seolah-olah tidak mendatangkan hasil untuk menurunkan kes Covid-19 di negeri ini.

Tinjauan Sinar Harian pada Jumaat mendapati majoriti rakyat juga tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu sehingga 16 Julai yang dilihat sebagai langkah sia-sia.

Seorang penduduk, Laila Soraya Rosli, 27, berpendapat, pelaksanaan PKPD di beberapa mukim di Selangor dan Kuala Lumpur disifatkan tidak munasabah kerana sektor perkilangan masih dibenarkan beroperasi.

“Selepas tiga kali PKP dilaksanakan pun kes Covid-19 masih tinggi, jadi saya harap apa yang kerajaan laksanakan kali ini berkesan kerana jika tidak, rakyat akan semakin marah,” katanya pada Jumaat.

Bagi Ikhwan Hashim, 42, dia turut kesal terhadap pelaksanaan PKPD di beberapa mukim di Selangor kerana tidak banyak perubahan dari segi prosedur operasi standard (SOP) berbanding SPP sebelum ini.

Katanya, kes Covid-19 di Selangor akan terus meningkat dan tidak berkesudahan sekiranya sektor perkilangan dan pembuatan masih dibenarkan beroperasi.

“Rasanya tiada beza pun antara PKPD dengan dengan Sekatan Pergerakan Penih kerana kalau setakat ubah nama sahaja, ia tidak akan memberi apa-apa kesan.

“Kita dah jaga SOP, tapi disebabkan orang lain, rakyat pula yang jadi mangsa,” katanya.

Sekatan Pergerakan Penuh gagal, buat rakyat kecewa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lokman, Puad , Ku Li & Nazri, Urged Zahid To Step Down

 


Sebaran :

Leave a Reply