Pasukan siber di sebelah sana, berhentilah – Zahid

Pasukan siber di sebelah sana, berhentilah – Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta pasukan siber yang menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya berhenti berpolitiking.

“Apakah anda tidak rasa bersalah mempertahankan sebuah kegagalan berterusan? Adakah anda langsung tiada “empathy” terhadap rakyat yang sedang dihimpit kesengsaraan?



”Apakah anda tidak berasa bimbang negara seakan-akan di landasan yang tersasar?,” soal Presiden UMNO itu.

Sebaliknya, Ahmad Zahid meminta penyokong-penyokong PPBM menyelami denyut nadi rakyat, rintihan keluhan, penderian dan kerisauan rakyat.

Menurut beliau, dalam keadaan sekarang sewajarnya rakyat menjadi keutamaan.

Lagipun, katanya, jangan lupa ada sebahagian anggota masyarakat kita tidak ‘bermazhab’ politik.



”Mereka hanya mahu hidup selesa di sisi keluarga. Fikirkan tentang mereka juga,” ujarnya sambil menyatakan komitmennya dan UMNO untuk terus menyuarakan kepentingan rakyat serta negara. MG

Pasukan siber di sebelah sana, berhentilah – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Rina dikritik kerana politikkan bakul makanan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker