PM Muhyiddin stabil, tiada masalah tumor lama

PM Muhyiddin stabil, tiada masalah tumor lama

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerima rawatan untuk jangkitan pada sistem penghadaman selepas dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan masalah tumor yang lama berulang.



“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena,” menurut kenyataan itu.

Beliau berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih, serta dibenarkan bertugas sambil menerima rawatan.

“Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.”

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut menzahirkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau.



PM Muhyiddin stabil, tiada masalah tumor lama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




#PMCirit sohor di media sosial

Cirit-birit musim raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker