Jurukimpal maut tersepit paip keluli

Jurukimpal maut tersepit paip keluli

PASIR GUDANG: Seorang jurukimpal maut ketika menjalankan kerja kimpalan ke atas paip keluli di sebuah kilang pembuatan paip di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir Mohd Rosdee Yaacob berkata, kejadian itu berlaku jam 5 pagi ketika mangsa berusia 35 tahun mengimpal kepingan besi ke atas paip yang siap dibentuk dengan berdiameter 91 sentimeter dan panjang 12 meter.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan, JKKP mendapati bahawa mangsa mengimpal secara berdiri menghadap pangkal paip dan pada masa yang sama membelakangi hujung paip yang akan dikimpal.

“Kedua-dua paip tersebut berada pada jarak satu meter.

“Rakan mangsa telah mengaktifkan suis ‘conveyor‘ bagi menggerakkan paip yang dibentuk ke proses seterusnya tanpa menyedari mangsa berada di antara kedua-dua paip tersebut.

“Mangsa berada pada jarak 15 meter daripada kedudukan suis ‘conveyor‘.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Rosdee berkata, pihak JKKP telah mengarahkan majikan untuk mengambil tindakan serta-merta ke atas sistem kerja selamat bagi proses kimpalan yang dijalankan di tempat kerja tersebut.

Selain itu katanya, majikan juga diarahkan untuk menyemak semula dan menambah baik prosedur kerja selamat serta penaksiran risiko bagi aktiviti kerja kimpalan kepingan besi.

Tegasnya, tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerjanya dan orang lain yang berkenaan. Ini merupakan satu kewajipan am majikan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” katanya.-SH

Jurukimpal maut tersepit paip keluli


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pesawat Kargo Alami Masalah Enjin Buat Pendaratan Cemas Di Perairan Hawaii

Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker