AstraZeneca diterima Malaysia tidak iktiraf Kesatuan Eropah?

AstraZeneca diterima Malaysia tidak iktiraf Kesatuan Eropah? Kerajaan akan mendapatkan penjelasan daripada Kesatuan Eropah (EU) berhubung dakwaan Agensi Perubatan Eropah (EMA) hanya meluluskan vaksin AstraZeneca melalui Sijil Digital Covid-19 EU

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pada Malaysia jika sesuatu vaksin itu diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka negara lain perlu memberi pengiktirafan kepada penerima yang menerima vaksin berkenaan.

“Kita juga harap tiada diskriminasi dari segi dari kilang mana vaksin itu datang kerana kilang AstraZeneca menggunakan formula yang sama, sama ada kilang di Eropah, India, Korea Selatan atau Thailand.



“Jadi bagi saya, untuk asingkan kilang tertentu itu nampak tidak adil. Bagaimanapun, kita akan terus meminta penjelasan daripada EU melalui wakilnya di Malaysia,” katanya  kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, hari ini.

Agong boleh titah usul undi percaya

Mengenai sesetengah vaksin yang tidak diterima oleh negara tertentu termasuk Arab Saudi, kata Khairy ia masih di peringkat perbincangan.



Menurut beliau, sebahagian besar negara Islam seperti Indonesia, Pakistan dan Turki termasuk Malaysia menggunakan vaksin dari China yang diiktiraf WHO.

“Justeru, apabila Arab Saudi memaklumkan ia tidak mengiktiraf (vaksin dari China), bagaimana jemaah dari negara berkaitan akan ke tanah suci, contohnya pada tahun depan.

“Isu pengiktirafan vaksin ini menjadi satu perkara yang perlu dibincang dan diperhalusi di peringkat antarabangsa. Jadi, kita harap tiada diskriminasi (vaksin),” katanya. – UTUSAN

AstraZeneca diterima Malaysia tidak iktiraf Kesatuan Eropah?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Cucu tipu nenek anaknya masih hidup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker