Jangan biar ideologi komunis berkembang

Jangan biar ideologi komunis berkembang. MCA patut perjuang sistem pemerintahan beraja, monarki di China. DALAM keadaan kita sedang berperang dengan pandemik COVID-19, MCA sibuk dengan ucapan tahniah kepada Parti Komunis China, sempena ulang tahun ke 100.

Persoalannya, penting sangatkah ucapan itu? Apakah ucapan itu dapat merapatkan hubungan bilateral dua buah negara?

Jika ucapan itu benar-benar penting, ia bukan keluar daripada mulut MCA mahupun pemimpin parti, sebaliknya pemimpin negara.

Tidakkah MCA sedar bahawa ia mencabar sensitiviti orang Melayu yang selama ini berjuang menentang komunis sehingga ramai yang tergadai nyawa dan tidak kurang menjadi cacat seumur hidup?

Jika MCA benar-benar Cina, MCA sepatutnya memperjuangkan sistem pemerintahan beraja atau monarki di China, kerana di situlah bermulanya tamadun China, bukannya komunis.

Apakah parti Cina ini sudah menjadi mata dan telinga parti komunis?

Sudah sampai masanya, kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional (PN) mengkaji kedudukan MCA dalam kerajaan.

Kerajaan perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur.

Ini menguatkan lagi hujah mengapa ultra kiasu itu sebelum ini bersungguh-sungguh mahukan abu mayat Chin Peng dibawa masuk.

Begitu juga begitu banyak gambar-gambar dan patung-patung komunis digantung di sana dan sini serta dijadikan hiasan kedai, restoran dan rumah.

Tidak cukup dengan itu, tugu-tugu komunis turut dibina di kawasan bersejarah dan taman peringatan atau kawasan perkuburan mereka. Apakah makna semua ini?

Berulang-ulang kali kita telah ingatkan, tetapi masih tiada tindakan. Kita terus bersangka baik.

Sekali lagi dingatkan, kerajaan perlu segera memantau perkara ini. Ideologi komunis tidak boleh sama sekali dibiarkan berkembang dan membiak di dalam negara sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Lebih-lebih lagi sebuah negara Islam.

Biarkan komunis berkembang dan membiak di negara China komunis, dalam usaha untuk mengekang hegemoni barat dan diketuai Amerika Syarikat. Tetapi bukan di negara kita.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Jangan biar ideologi komunis berkembang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kempen bendera putih bukan propaganda politik – Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker