Harap Sidang Parlimen Kali Ini Lengkap, Bukan Olok-Olok – Shahril
Harap Sidang Parlimen Kali Ini Lengkap, Bukan Olok-Olok- Shahril
Kerajaan perlu berani membuka sidang Parlimen secara penuh bagi memberi gambaran mereka telus dan jujur dalam menangani COVID-19 dan mahu menyelesaikan isu ekonomi serta kebajikan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata keberanian itu penting kerana kerajaan harus berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan.
Beliau berharap sidang Parlimen nanti diadakan sepenuhnya, lengkap dengan segala ruang perbahasan bukan sidang secara ‘olok-olok’.
“Maknanya biarlah sidang Parlimen itu bukan sidang yang ‘olok-olok’ tapi yang lengkap dengan segala ruang perbahasan yang perlu,” katanya kepada Astro AWANI.
Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan jemaah menteri akan memuktamadkan tarikh persidangan Parlimen pada 7 Julai ini.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen turut memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini.
Harap Sidang Parlimen Kali Ini Lengkap, Bukan Olok-Olok – Shahril
Baca Artikel Menarik :
- UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN
- Zahid panggil MP UMNO tandatangan surat tarik diri
- ‘Bodoh Tu Simpan Sikit Dalam Sungai Supaya Orang Tak Nampak’ – Che Ta Sound Tepat
- Pokok nangka hasilkan buah berkulit durian
- Resepi Terung Goreng Kicap Bercili
Layari Laman Facebook MYKMU
Muhyiddin putuskan Parlimen bersidang sebelum 1 Ogos, kemenangan buat rakyat
Ahli Parlimen dan wakil rakyat berkumpul makan durian akan dipanggil polis
You must be logged in to post a comment.