Polis awasi lokasi tumpuan pesta durian
Polis awasi lokasi tumpuan pesta durian
Polis akan melakukan pemantauan ke atas 10 lokasi yang sering menjadi tumpuan penggemar durian untuk menikmati raja buah itu di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superitendan Barudin Wariso berkata, pemantauan juga dilakukan di dusun durian termasuk di tepi sungai di Kampung Gajah, Parit dan Bota secara berkala.
“Kita sedia maklum daerah ini terkenal dengan dusun durian sejak dulu dan setiap kali musim raja buah itu mesti ada lokasi yang dijadikan tempat memakan durian beramai-ramai dan kita sudah mengenal pasti lokasinya.
“Walaupun tiada lagi kompaun dikeluarkan (atas kesalahan merentas daerah dan berkumpul mengadakan pesta durian) tetapi kita sentiasa pantau lokasi berkenaan dari semasa ke semasa terutama pada waktu hujung minggu,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Barudin berkata, orang ramai diingatkan tidak mengadakan aktiviti memakan buah durian secara beramai-ramai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini dan terus mematuhi prosuder operasi standard (SOP). HM
Polis awasi lokasi tumpuan pesta durian
Baca Artikel Menarik :
- Guna Saluran Rasmi, “Bendera Putih’ Tidak Diiktiraf Di Kedah – MB Kedah
- ‘Burnout’ mungkin ancaman kluster baharu
- Neelofa agih set kelengkapan jenazah dan keranda
- Amyra Rosli dikecam menunjuk-menunjuk makan durian
- Resepi Ayam Cordon Bleu Sos Lada Hitam
- COVID-19: Jawa, Bali diisytihar darurat
Layari Laman Facebook MYKMU