Kereta bertembung kenderaan lawan arus, suami isteri parah


Butterworth: Suami isteri parah selepas kenderaan dinaiki tiga beranak bertembung dengan kereta yang dipandu secara melawan arus di Kilometer (KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8.20 malam itu, Yong Kee Seong, 35, yang memandu Toyota Corola Atlis yang membawa isteri berusia 31 tahun dan anaknya berusia tiga tahun dikejutkan dengan insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu dua kereta dan motosikal.

“Insiden bermula apabila Honda City dipandu lelaki berusia 43 tahun dipercayai memandu secara melawan arus dari arah Bagan Ajam menghala Sungai Dua.



“Pada masa sama, datang sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 24 tahun yang membawa pembonceng berusia 28 tahun sebelum bergesel dengan kereta yang memandu arus terbabit yang kemudiannya melanggar kereta yang dinaiki tiga beranak itu,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, dalam kejadian itu penunggang dan pembonceng motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu dan penumpang Toyota Corola Atlis iaitu Yong dan isterinya parah, manakala anak mereka tidak mengalami kecederaan. Pemandu Honda City pula tidak sedarkan diri.

“Kesemua mereka dibawa Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.



“Sehingga kini, punca pemandu itu bertindak memandu melawan arus masih belum dapat dipastikan memandangkan dia masih tidak sedarkan diri,” katanya.

Noorzainy berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syafinaz Abd Aziz di talian 018-2881424 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. HM

Lawan arus akibat langgar lari, akhirnya maut menanti [Video]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker