ELLA : PERNAH ALAMI MASALAH KEMURUNGAN



ELLA : PERNAH ALAMI MASALAH KEMURUNGAN

ELLA : PERNAH ALAMI MASALAH KEMURUNGAN

Penyanyi rock lagenda iaitu Ella menerusi akaun Facebook miliknya baru-baru ini telah berkongsi mengenai dirinya dimana beliau pernah mengalami masalah kesihatan mental iaitu Anxiety dan juga kemurungan.

Ella tampil menjawab pertanyaan ramai selepas banyak menerima mesej secara peribadi mengenai masalah kesihatan mental di negara Malaysia yang kian hari semakin meningkat.

“Ella amat faham kerana satu ketika dulu Ella pernah hadapi masalah yang sama (no more secret). Beliau selalu rasa suram/hitam, lesu dan letih berpanjangan. Terlalu banyak tanda soal dalam kepala (ketika itu),” katanya.

Atas kerana risau melihat ramai yang mengalami masalah yang sama seperti dirinya, Ella memberi cadangan untuk membuat satu halaman di Facebook dimana orang ramai boleh berkongsikan pengalaman mereka mengenai kesihatan mental masing-masing.




Penyanyi tersebut pernah juga sebelum ini meluahkan rasa bimbang kerana peningkatan kes kematian atas akibat bunuh diri telah meningkat secara mendadak semanjak Mac hingga Oktober tahun lalu.

ELLA : PERNAH ALAMI MASALAH KEMURUNGAN

Kematian berpunca dari bunuh diri

“Baru baru ini , Ella terbaca satu laporan berbentuk artikel yang agak menakutkan. Sebanyak 266 kematian berpunca dari bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lepas (satu hari sorang)!

“60% penyumbang statistik adalah dari komuniti melayu Islam. Anxiety and depression is real guys, likea silent killerr. Tekanan perasaan bukan mainan, jangan perkecil keperluan anda atau sesiapapun untuk mendapat sokongan dan bantuan

“Cuba cubalah ambil berat keluarga/kawan terdekat, mungkin saja ada yang perlukan teman bersembang dan mungkin juga perlukan rawatan kaunseling atau psikologi . Tiada apa yang perlu dimalukan.

“Ella cuma harap kita semua tahu bila masa yang tepat untuk mendapat/memberi sokongan. Di saat pandemik ini, tanya2 khabarlah mereka yang berdekatan samaada kerabat , saudara mara, teman ataupun jiran.




“Tak semestinya bantuan kewangan ya, teman bercakap pun kadang kadang lebih besar dan bernilai maknanya. Jangan pula kita berduka lara nanti setelah kehilangan seseorang yang tak terkembalikan. Salam sayang, #peaceloverindu #depressionbukangila #anxiety #anxietyawareness #anxietysupport #rotoruanewzealand,” tulisnya.

ELLA : PERNAH ALAMI MASALAH KEMURUNGAN

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Elizabeth kemurungan sejak kecil sebab penyakit kulit

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.