Doktor kontrak mogok bercuti hingga tuntutan dipenuhi

Gambar hiasan

Doktor kontrak mogok bercuti hingga tuntutan dipenuhi

Doktor kontrak terpaksa mengambil tindakan drastik dengan tidak bekerja mulai 26 Julai ini, jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan dalam isu lantikan doktor ke status tetap.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak menuntut kerajaan menawarkan pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan kontrak sedia ada, selain menjelaskan kriteria lantikan tetap secara terperinci.

Jurucakapnya, Mustapha Kamal A Aziz berkata, mereka mahu pelan jangka panjang dan pendek disediakan kerajaan kepada doktor kontrak.

Beliau kecewa isu yang berlarutan selama lima tahun itu tiada penyelesaian dan masih tiada perjanjian hitam putih untuk doktor kontrak.

“Ini akan berlaku jika isu pelantikan tetap pegawai perubatan masih menemui jalan buntu. Jika tuntutan ini tidak dilaksanakan dan tiada hitam putih dalam jangka masa tiga minggu, kami terpaksa mengambil tindakan drastik,” katanya dalam sidang media.

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba meminta doktor kontrak bersabar sementara isu itu dibincangkan Kabinet dalam masa terdekat.

Sebelum ini, sebuah kumpulan yang mewakili 23,000 pegawai perubatan kontrak memberi amaran akan mengadakan hartal atau mogok pada 26 Julai ini, jika masih tiada jalan penyelesaian terhadap isu pelantikan tetap mereka.

Difahamkan, jurang gaji RM700 sebulan dan tiada peluang melanjutkan pelajaran, kecuali atas tajaan sendiri yang hanya melibatkan disiplin perubatan tertentu, antara isu yang akan dibangkitkan ketika mogok nanti.

Untuk rekod, sejak 2016, 789 atau 3.4% pegawai dilantik secara tetap, manakala selebihnya berkhidmat secara kontrak.

Sementara itu, Mustapha kecewa dengan kenyataan Adham kerana pandemik Covid-19 menunjukkan doktor kontrak diperlukan, malah pengorbanan mereka tidak dapat dinafikan semua pihak.

“Namun sehingga hari ini, proses lantikan tetap masih menemui jalan buntu, di mana proses pemilihan dan jawatan masih samar. Kami hanya diberitahu pelantikan semua bergantung kepada SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).

“Lebih memburukkan keadaan, kementerian sendiri dilihat memandang enteng dalam membantu menyelesaikan isu ini, sekali gus mengakibatkan pelbagai respons negatif pelbagai pihak.” FMT

Doktor kontrak mogok bercuti hingga tuntutan dipenuhi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Habis RM1 juta, kerja doktor lima tahun tapi masih kontrak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker