Covid-19 : 6988 kes baharu hari ini

Covid-19 : 6988 kes baharu hari ini

6,988 kes Covid-19, Selangor tertinggi

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,988 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 758,967 kes setakat ini.



Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,885 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 988 kes, Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311), Johor (270), Kedah (250), Sabah (232), Pahang (195), Pulau Pinang (174), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108), Terengganu (50), Putrajaya (10).

Perlis hanya mencatatkan satu kes.



SELEPAS 22 hari purata kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) kebangsaan berada di bawah 1.00, ia kembali menunjukkan trend peningkatan Isnin lalu.

Berdasarkan jumlah 6,276 kes dilaporkan semalam, kebolehjangkitan meningkat kepada 1.05 berbanding 1.04 pada hari Selasa.

Sebagai rekod, Rt tertinggi dicatatkan negara adalah 1.21, 22 Mei lalu.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menunjukkan nilai Rt di beberapa negeri mencatatkan peningkatan semalam.



Kebolehjangkitan tertinggi telah direkodkan di Pahang iaitu 1.19 meningkat berbanding 1.17 yang dicatatkan hari sebelumnya.

Kes positif COVID-19 di Pahang melonjak melebihi 200 sejak dua hari lalu dengan 210 jangkitan baharu dilaporkan semalam manakala 250 kes pada hari Selasa.

Selangor yang terus melaporkan kes harian tertinggi pula menyaksikan kadar kebolehjangkitan naik kepada 1.05 semalam.

Peningkatan kebolehjangkitan turut dikesan di Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan juga Labuan.



Berita lanjut menyusul

Covid-19 : 6988 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tindakan khas terhadap Selangor, KL akan diumumkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker