Sudah setahun baru nak turun padang? – Puad

Sudah setahun baru nak turun padang? – Puad

”Baru tubuh jawatankuasa? Memang mengarut,” kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bersama pihak Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi mengenal pasti kawasan yang tiada liputan Internet atau capaian lemah bagi mengatasi masalah ketika pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).



Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin baru-baru ini berkata, menerusi jawatankuasa itu, pihaknya akan turun padang untuk melihat dan memantau sendiri kawasan yang tiada liputan atau capaian Internet rendah dan mengambil langkah segera mengatasinya.

Soal Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, tidakkah Kementerian Pendidikan dan KKMM berbincang sebelum mahu melaksanakan PdPR sebelum ini.

Katanya, isu capaian Internet ini sudah setahun berlalu.



Masalah ini tercetuskan apabila seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin yang terpaksa panjat pokok di Pitas untuk mendapatkan capaian Internet.

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin yang berkata, pihaknya akan turun padang untuk melihat dan memantau sendiri kawasan yang tiada liputan, Mohd Puad bertanya: “Baru nak turun padang?”.

”Kes Veveonah dulu tidak turun padang ke? Kerajaan PN semakin ke laut nampaknya,” ujar beliau. MG

Sudah setahun baru nak turun padang? – Puad




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kibar #BenderaPutih Jika Perlu Bantuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker