Lelaki trauma diugut sebar gambar bogel

Lelaki trauma diugut sebar gambar bogel

JEMPOL – Seorang lelaki mengalami trauma selepas diugut wanita yang dikenali menerusi aplikasi aplikasi whatsApp untuk menyebarkan video bogelnya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, ketika menerima ugutan itu, mangsa berusia 24 tahun dan bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan itu berada di rumahnya di Bahau.

“Mangsa berkenalan dengan seorang wanita dipercayai warga China melalui WhatsApp yang memperkenalkan dirinya sebagai Lemon pada pukul 5 petang, Isnin lalu.

“Lemon kemudian membuat panggilan video. Sejak berkenalan, mereka berhubung sebanyak dua kali,” katanya.

Tidak lama kemudian, wanita itu mengugut untuk menyebarkan video bogel mangsa ke laman web.

Mangsa yang ketakutan memindahkan wang sebanyak 10 transaksi yang kesemuanya berjumlah RM1000.

“Suspek bagaimanapun masih meminta wang menyebabkan mangsa nekad membuat laporan polis pada pukul 6.12 petang semalam (kelmarin) kerana bimbang diugut lagi,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengesan pemilik nombor tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan. K Online

Lelaki trauma diugut sebar gambar bogel


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tukang urut hina azan di Facebook ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker