KWSP bukan lagi pemegang saham utama Serba Dinamik
KWSP bukan lagi pemegang saham utama Serba Dinamik
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini mengesahkan bahawa tidak lagi menjadi pemegang saham utama Serba Dinamik Holdings Bhd.
Perkara ini disahkan selepas syarikat pelabur itu bertindak melupuskan 96 juta saham menerusi maklumannya di Bursa Malaysia petang Rabu.
Memetik laporan Dagang News, dana persaraan terbesar di Malaysia itu bertindak melupuskan pegangan secara langsung dalam syarikat itu menerusi pasaran terbuka.
“KWSP, pada Isnin menyatakan kebimbangan berhubung perkembangan terkini membabitkan Serba Dinamik yang menyebabkan kerugian besar dalam nilai pemegang saham,” menurut laporan itu.
Perkembangan itu termasuk peletakan jawatan empat pengarah firma perkhidmatan minyak dan gas itu serta KPMG sebagai juruaudit bebas Serba Dinamik.
Seperti dilaporkan Bloomberg, KWSP turut menggesa Lembaga Pengarah Serba Dinamik supaya segera melaksanakan tinjauan bebas dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan semua masalah.
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) adalah pemegang saham pertama bertindak melupuskan pegangan dalam Serba Dinamik dan setakat 2 Jun lalu telah melupuskan 26.03 juta saham.
Ini menjadikan KWAP bukan lagi pemegang saham utama syarikat perkhidmatan minyak dan gas serta kejuruteraan tersebut yang disenaraikan pada 2017.
Saham Serba Dinamik menjunam hampir 80 peratus sejak bulan lalu, selepas KPMG membangkitkan isu transaksi meragukan berjumlah lebih RM3 bilion dalam audit kewangan tahun 2020.
Serba Dinamik mengambil tindakan undang-undang ke atas KPMG sekali gus menyebabkan juruaudit itu menamatkan khidmatnya.
Dalam makluman berasingan petang ini juga, Serba Dinamik memaklumkan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Dr Mohd. Abdul Karim Abdullah mengurangkan pegangannya kepada 25.8% setelah melupuskan 46.3 juta saham.
Sebelum ini, KWSP menyatakan kebimbangan berhubung perkembangan terkini membabitkan Serba Dinamik yang menyebabkan kerugian besar dalam nilai pemegang saham.
KWSP dalam satu kenyataan berkata, perkembangan itu termasuk peletakan jawatan empat pengarah firma perkhidmatan minyak dan gas itu serta KPMG sebagai juruaudit bebas Serba Dinamik.
Petang ini, saham Serba Dinamik ditutup 3.13% lebih tinggi kepada 33 sen dengan 379.58 juta saham diniagakan menjadikan nilai pasaran syarikat pada RM1.21 bilion.
KWSP bukan lagi pemegang saham utama Serba Dinamik
Baca Artikel Menarik :
- Kelulusan pergerakan individu bekerja sendiri hingga 7 Julai
- Vaksin: Kerajaan fokus sektor industri beroperasi ketika PKP
- Bella : Sekarang Dia Cuba Berubah
- Dadah RM23.72 juta dibawa melalui trak ditahan
- Adab berjiran jika kelaparan tidak perlu tunggu kerajaan
- Resepi Ikan Bawal Emas Masak Lemak Cili Padi Cekur
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.