Kebolehjangkitan Covid-19 naik, berapa kali PKP gagal?
Kebolehjangkitan Covid-19 naik, berapa kali PKP gagal?
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik, berapa kali PKP gagal – Najib
Datuk Najib Razak mempersoalkan berapa kali kerajaan mahu gagal dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 telah naik kepada 1.04 setelah dalam trend menaik sejak dua minggu lepas.
Bekas perdana menteri itu berkata, kadar ke atas paras neutral 1.0 bermakna kes baharu dalam trend meningkat dengan pesat.
Selain itu, kes baharu juga naik semula ke atas paras 6,000 kes semalam.
Dakwa beliau, kadar positif (kes positif berbanding jumlah saringan) semalam terus naik ke paras tertinggi bulan Jun ini pada 9.46%.
Data KKM
Ia berdasarkan data di bawah:
22 Jun: 69,064 saringan, 4,743 kes (6.87%) 23 Jun: 76,636 saringan, 5,244 kes (6.84%) 24 Jun: 74,542 saringan, 5,841 kes (7.84%) 25 Jun: 74,148 saringan, 5,812 kes (7.84%) 26 Jun: 75,753 saringan, 5,803 kes (7.66%) 27 Jun: 66,969 saringan, 5,586 kes (8.34%) 28 Jun: 61,025 saringan, 5,218 kes (8.55%) 29 Jun: 68,052 saringan, 6,437 kes (9.46%) (semalam)
Tanya Najib, adakah kerajaan sedar bahawa ketiga-tiga petunjuk utama, iaitu kes baharu, kadar kebolehjangkitan dan kadar positif, sedang berada dalam trend menaik.
Soalnya lagi, apakah peluang bagi kes jatuh ke bawah 4,000 kes untuk tujuh hari berturut-turut supaya negara boleh beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan dalam masa terdekat ini.
“PKP 2.0 gagal. PKP 3.0/3.1 gagal.
”Adakah total lockdown juga akan gagal?
”Berapa kali mahu gagal?,” soal beliau. MG
Kebolehjangkitan Covid-19 naik, berapa kali PKP gagal?
Baca Artikel Menarik :
- Kelulusan pergerakan individu bekerja sendiri hingga 7 Julai
- Vaksin: Kerajaan fokus sektor industri beroperasi ketika PKP
- Bella : Sekarang Dia Cuba Berubah
- Dadah RM23.72 juta dibawa melalui trak ditahan
- Adab berjiran jika kelaparan tidak perlu tunggu kerajaan
- Resepi Ikan Bawal Emas Masak Lemak Cili Padi Cekur
Layari Laman Facebook MYKMU