Hanya individu divaksin boleh masuk pusat beli-belah, restoran

Hanya individu divaksin boleh masuk pusat beli-belah, restoran. Ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi hanya membenarkan individu menerima vaksin COVID-19 untuk memasuki kawasan awam, termasuk pusat membeli-belah, restoran dan gimnasium.

Keputusan itu diputuskan Jawatankuasa Darurat, Krisis dan Bencana Abu Dhabi dan berkuat kuasa 20 Ogos. 

Jawatankuasa itu memberitahu, pihaknya mengambil keputusan demikian setelah 93 peratus kumpulan sasaran di UAE telah divaksinasi.

“Keputusan itu merangkumi pusat membeli-belah, restoran, kafe, gimnasium, kemudahan rekreasi, aktiviti sukan dan semua kedai runcit lain yang tidak terdapat di pusat membeli-belah kecuali yang menjual barang keperluan seperti pasar raya dan farmasi,” kata Jawatankuasa Darurat, Krisis dan Bencana Abu Dhabi dalam pengumumannya.



Fasa pertama keputusan ini juga meliputi pusat peranginan, muzium, pusat kebudayaan dan taman tema, serta universiti, institut, sekolah awam dan swasta, dan taman asuhan kanak-kanak di UAE.

“Jawatankuasa itu menyatakan bahawa keputusan itu tidak terpakai untuk individu yang tidak divaksinasi. 

“… dengan pengecualian vaksinasi yang diterima melalui proses yang dipersetujui dan didaftarkan di aplikasi Alhosn, juga untuk remaja dan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah,” kata jawatankuasa itu. – Agensi

Hanya individu divaksin boleh masuk pusat beli-belah, restoran


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


PKR kata Jajaran Baharu bergantung keputusan Zahid Hamidi

 

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker