Tengku Hassanal titah keluasan Hutan Simpan Chini ditambah

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menitahkan supaya kawasan Hutan Simpan Chini, Pekan seluas 4,600 hektar ditambah kepada 6,000 hingga 7,000 hektar.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, titah tersebut bertujuan menjaga kepentingan flora dan fauna di Tasik Chini serta kawasan persekitarannya.

Tengku Hassanal, menurut Ahmad Khirrizal, telah mencemar duli mengadakan lawatan mengejut ke Tasik Chini semalam ekoran laporan dan gambar tular menerusi media sosial sejak kebelakangan ini yang mendakwa berlaku aktiviti perlombongan di situ.



“Baginda juga telah meneliti laporan oleh Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berhubung aktiviti perlombongan, tindakan pemulihan dan pemeliharaan yang telah dijalankan kerajaan negeri.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Baginda bersetuju dengan langkah kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan sebarang kelulusan (perlombongan) baharu sejak 2019 selain turut menyarankan agar aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan,” katanya dalam kenyataan.

Untuk rekod, Pejabat Tanah dan Galian Pahang sebelum ini memaklumkan tiada kelulusan diberikan selepas pewartaan Taman Negeri Tasik Chini sebagai Hutan Simpan Chini pada Mac 2019.

Sebelum itu, 14 lesen dikeluarkan dan daripada jumlah itu hanya dua yang masih beroperasi dengan satu daripadanya tamat pada hujung bulan ini manakala lesen sebuah lagi pemegang pajakan dan operator akan berakhir hujung tahun ini.



Ahmad Khirrizal berkata, Tengku Hassanal juga menitahkan kawasan bekas lombong dipulihkan dengan penanaman pokok hutan bersesuaian selain aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan oleh kerajaan negeri serta persekutuan yang sedang berjalan dipergiatkan lagi.

Tengku Hassanal turut menitahkan aktiviti penguatkuasaan diperkasakan dan dilakukan secara bersepadu serta berkala melibatkan agensi penguatkuasaan negeri dan persekutuan.

Selain itu baginda juga menzahirkan harapan supaya Tasik Chini yang diberi status tapak rizab biosfera Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dapat diberikan keutamaan dalam peruntukan kewangan dan pembangunan lestari oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Tengku Hassanal bertitah bahawa Tasik Chini adalah permata alam sekitar di Pahang dan pengiktirafan bertaraf dunia sebagai tapak rizab biosfera UNESCO pertama di Malaysia hendaklah dipertahankan.



“Baginda mengambil berat dan akan sentiasa memantau usaha kerajaan negeri bagi memastikan alam sekitar Pahang sentiasa terjaga.

“Baginda juga menyeru semua pihak sentiasa mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan urus tadbir yang baik supaya khazanah alam kekal untuk generasi akan datang,” katanya.

 Tengku Hassanal titah keluasan Hutan Simpan Chini ditambah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker