Kes bunuh diri, Presiden UMNO seru pemimpin dan ahli parti tambah usaha bantu rakyat

 

Kes bunuh diri, Presiden UMNO seru pemimpin dan ahli parti tambah usaha bantu rakyat. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan kerisauan melihat kes bunuh diri di negara ini yang semakin membimbangkan.

Sehubungan itu dia menyeru pemimpin dan ahli parti supaya menggerakkan usaha membantu rakyat khususnya mereka yang terkesan kerana pandemik Covid-19.

Dalam masa sama dia mengingatkan mereka yang terkesan supaya tidak bertindak terburu-buru apatah lagi sebagai umat Islam.

“Ini kali kedua saya menyentuh tentang perkara ini. Insiden bunuh diri yang semakin kerap dilaporkan.

“Jangan bertindak terburu-buru. Kepada ahli keluarga sentiasalah saling mengambil berat dan saling menguatkan semangat.

“Dalam keadaan sekarang ini, fikirkan jua bukan anda seorang yang mengalami kesulitan, terlalu ramai yang mengalaminya.

“Bagi pasangan suami isteri pula saling memberi kata-kata semangat dan dorongan dalam menghadapi situasi ini. Jangan kita menekan dan memaksa dalam mendapatkan sesuatu,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Pada 25 Jun, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pihaknya menerima 122,328 panggilan berkait rapat dengan Talian Bantuan Sokongan Psikososial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan sejak 25 Mac tahun lalu mendapati kebanyakan pemanggil memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.

“Daripada 1 Januari sehingga 18 Jun lalu, talian terbabit menerima sebanyak 122,328 panggilan.

“Daripada jumlah itu sebanyak 109,806 panggilan (89.4 peratus) adalah berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial.

“Antaranya ialah kehilangan pekerjaan dan pendapatan, hilang tempat bergantung, pergaduhan antara ahli keluarga dan masalah rumah tangga (pertengkaran, perpisahan, perceraian), penderaan (emosi dan fizikal),” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Zahid berkata, laporan terbaru mengenai pengusaha restoran ditemui mati di premis perniagaannya dan kes ahli perniagaan Malaysia bunuh diri di Bangkok akibat tertekan kerana masalah ekonomi.

Katanya, tekanan perasaan di kalangan rakyat ini berpunca daripada tekanan yang terpaksa mereka hadapi menyebabkan golongan itu tidak berfikir panjang dan putus harapan.

“Maka pilihan mereka adalah dengan pilihan yang singkat. Fikirkan sejauh-jauhnya untuk membuat dan mengambil sebarang tindakan yang sedemikian.

“Sentiasa berbincang dengan ahli keluarga dan sahabat handai yang terdekat bagi meminta pandangan nasihat dan bantuan apa yang diperlukan,” katanya.

Kes bunuh diri, Presiden UMNO seru pemimpin dan ahli parti tambah usaha bantu rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu ugut doktor kontrak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker