Buka parlimen nak tumbangkan Muhyiddin saja

Buka parlimen nak tumbangkan Muhyiddin saja

Nazri: Bukan niat betul, buka parlimen nak tumbang Muhyiddin

Ahli Parlimen Padang Rengas Mohd Nazri Aziz menggesa supaya kerajaan PN diberi peluang terus mentadbir negara dalam memulihkan negara daripada wabak Covid-19.

Katanya, bukanlah niat yang betul jika ada mana-mana ahli parlimen memasang hasrat mengadakan sidang parlimen semata-mata untuk menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Jadi kalau parlimen ini dibuka untuk tumbang kerajaan jadi rakyat kena fikir sendirilah parti-parti yang mahu parlimen ini bersidang semata-mata nak tunjuk kerajaan ini sudah tidak ada majoriti.

“Saya rasa itu bukanlah satu niat yang betul. Makna niat nak tukar kerajaan. Kalau nak tukar kerajaan, mampu ke kerajaan baru ini (menangani pandemik),” soal Nazri pada program bual bicara Segmen Sudut Pandang Malaysiapost malam ini.

Jelas Nazri, parlimen patut bersidang untuk membahas tindakan demi kepentingan rakyat.

Dia juga bersetuju sidang parlimen penuh selama 28 hari bagi memberi peluang kementerian menjawab soalan ahli parlimen dan perbahasan rang undang-undang.

Menurut Nazri, ahli parlimen boleh menggunakan kesempatan sidang Dewan Rakyat untuk menukar kerajaan.

“Kita tidak boleh halang tu. Bila parlimen bersidang boleh berlaku itu. Apabila ordinan yang dibahas tidak diluluskan RUU bil dibahas tak lepas.

“Itu boleh digunakan untuk menunjukkan kerajaan ini tidak ada majoriti,” katanya.

Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan moderator sekiranya parlimen dibuka kemungkinan besar berlaku perebutan kuasa dan dijangka Muhyiddin boleh tumbang.

“Waktu kita tengah ada Covid ini nak adakan pilihan raya? Jadi terpulanglah.

“Rakyat akan fikirkan yang mana betul-betul kerajaan yang hendak membantu rakyat ataupun (jika ada) kerajaan yang baru ini adakah dia ikhlas hendak membantu rakyat,” katanya.

Terdahulu, Nazri berkata walaupun rakyat marah tetapi penyelesaian terhadap wabak Covid-19 bukanlah dengan menukar kerajaan.

“Kerajaan yang baru naik itu pun belum tentu boleh menyelesaikan masalah. Dia lagi pula, nak start all over again.

“Katalah Anwar (Ibrahim) naik, nak mula balik lagi. Itu bukan alternatif,” katanya.

“Kita kena bantu kerajaan, bukan tukar kerajaan,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Januari lalu, Nazri bersama Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub secara rasmi menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Ini menyebabkan kerajaan hilang majoriti – insiden yang diyakini oleh banyak pihak menyebabkan darurat diisytiharkan.

Sementara itu, Nazri baru-baru ini menjelaskan tindakannya menarik sokongan daripada PN kerana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memintanya berbuat demikian. Kenyataan ini bagaimanapun di sangkal Ahmad Jazlan.

Kini Nazri menentang Zahid selepas Presiden Umno itu kononnya didakwa berusaha menjalinkan kerjasama politik dengan Anwar.

Buka parlimen nak tumbangkan Muhyiddin saja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zaman PN ini tak banyak beza dengan zaman PH – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker