KWSP, rakyat hampir putus nyawa Ogos baru dapat

 

KWSP, rakyat hampir putus nyawa Ogos baru dapat. Saya amat bersyukur kepada kerajaan PN dan pihak KWSP untuk membenarkan pengeluaran melalui skim i-Citra (yang gantikan skim i-Sinar dan i-Lestari).

Mengikut pengumuman PM8, permohonan bagi skim ini akan bermula pada 15 Julai dan bayaran pertama sebanyak RM1k hanya akan dibayar pada bulan Ogos.

Perlu ingat bahawa sekiranya bayaran pertama RM1k ini dibuat pada 1 Ogos 2021, pemohon terdesak sudah bertahan selama 2 bulan 21 hari sejak PKP 3.0 seluruh negara bermula pada 12 Mei.

Saya percaya ramai akan mempunyai tunggakan komitmen yang lebih besar apabila sampai tarikh 1 Ogos sebab sudah berkurung hampir 3 bulan tanpa pendapatan atau dengan pendapatan yang berkurang,
Jadi, adakah bayaran pertama RM1k hanya pada bulan Ogos akan memenuhi keperluan serta tunggakan komitmen bagi mereka yang sudah berkurung hampir 3 bulan?

Harap skim ini boleh ditambah baik dengan menukar bayaran RM1k X 5 bulan ke:

– Julai: RM2k
– Ogos: RM2k
– September: RM1k

Apapun, jumlah bagi bayaran pertama perlu lebih tinggi berbanding bayaran seterusnya sebab sudah wujudnya tunggakan.

Saya cadang begini, memandangkan:

– sistem pengeluaran yang diguna pakai bagi i-Lestari/i-Sinar sudah ada. Elya pun sudah ada untuk memulakan permohonan (harap tanpa syarat) minggu depan dan bukan pada 15 Julai.
– aliran tunai dari caruman bulanan baharu yang diterima KWSP sekitar RM10 bilion sebulan sudah mencukupi untuk membiayai pengeluaran i-Citra tanpa menjual aset atau bon KWSP.
– Kebanyakan sektor dijangka dibuka semula pada bulan September/Oktober di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara dan keperluan untuk bergantung pada pengeluaran KWSP akan berkurang masa itu.

Patut juga pertimbangkan untuk naikkan pengeluaran maksima bagi golongan M40 yang mempunyai baki simpanan KWSP melebihi RM100k dari RM5k ke RM10k sebab komitmen bulanan golongan M40 biasanya lebih tinggi berbanding golongan B40.

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak KWSP.

 

KWSP, rakyat hampir putus nyawa Ogos baru dapat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker