PAC mahu speaker beri lampu hijau untuk mesyuarat segera



 

Fungsi PACPAC mahu speaker beri lampu hijau untuk mesyuarat segera. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun digesa segera memberi lampu hijau kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan jawatankuasa pilihan untuk bermesyuarat semula, dengan kali terakhir pada November 2020.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh membuat gesaan itu kerana Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid akan bermesyuarat 5 Julai ini, .

“Tidak ada alasan kenapa PAC dan jawatankuasa pilihan tidak boleh bermesyuarat semula dengan serta-merta,” katanya dalam kenyataan.

Wong berkata, pengumumam Azhar berhubung sidang Parlimen secara hibrid itu jelas menunjukkan dari segi undang-undang tiada perkara yang mengekang Parlimen bersidang pada bila-bila masa, termasuk sebelum darurat tamat pada 1 Ogos ini.

“Ini selari titah yang di-Pertuan Agong yang sebelum ini mengarahkan sidang Parlimen diadakan serta-merta.




“Ini juga bermaksud PAC dan jawatankuasa pemilihan Parlimen tidak lagi serta tidak patut dikekang daripada menyambung semula mesyuarat dan prosiding yang ditangguhkan sebelum ini.

“Dari segi pematuhan SOP kesihatan, Parlimen juga mempunyai fasiliti mencukupi dengan bilik mesyuarat jawatankuasanya yang boleh menampung 65 orang dalam keadaan bias dan 30 orang dengan pematuhan SOP kesihatan.”

Katanya, PAC perlu meneruskan kerja untuk penyelesaian kes yang dimulakan sebelum ini, penelitian Laporan Ketua Audit Negara terkini dan menyemak perbelanjaan kerajaan dalam semua isu menangani pandemik Covid-19.

PAC mahu speaker beri lampu hijau untuk mesyuarat segera


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Keluar negara daftar anak, Nazri dikecam



Leave a Reply

Your email address will not be published.