Segerakan sidang Parlimen secara kendiri

 

Segerakan sidang Parlimen secara kendiri. Pejuang menggesa sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat dijalankan segera secara kendiri dengan mematuhi syarat ketat pencegahan Covid-19 seperti yang diadakan tahun lalu.

Setiausaha Agung Penaja Pejuang, Amiruddin Hamzah berkata, sidang Parlimen boleh diadakan segera kerana ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat sudah divaksin.

Beliau membandingkan sidang Parlimen pada tahun lalu yang berjaya dilaksanakan tanpa sebarang jangkitan atau kluster Parlimen tercetus, walaupun Ahli Parlimen belum divaksin ketika itu.

“Sidang Parlimen haruslah dilaksanakan segera secara kendiri bagi memenuhi tanggungjawab Ahli Parlimen membahas dan memutuskan tindakan perlu bagi membawa negara kita keluar daripada krisis-krisis kesihatan, politik, ekonomi dan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertua Dewan Negara, Rais Yatim dilaporkan berkata, sidang Parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September.

Sehubungan itu, satu sidang khas Parlimen dicadangkan pada awal Ogos bagi memperincikan resolusi yang perlu diterima pakai berkaitan peraturan mesyuarat dan perkara teknikal berkaitan.

Segerakan sidang Parlimen secara kendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Hishammuddin akan dedah senarai 25 MP – Nazri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker