Resepi lala goreng tomyam sedap sungguh


Resepi lala goreng tomyam sedap sungguh

Ada masa terluang ni apa kata kita berceloteh sikit jom. Daripada sebok mengumpat mengata orang sana sini lebih baik kita berceloteh pasal makanan ke resepi ke ada jugak faedahnya.

Hari ni kita nak bagi resepi berkaitan seafood. Jom kita celoteh pasal seafood dulu ye. Mesti semua orang sukakan seafood kan. Walaupun harganya mahal tapi kita sanggup beli sebab sedap.

Kalau gaji tak besar mungkin sebulan sekali kan, mana yang gaji besar tu mungkin sminggu sekali. Bagi yang dah terror masak tu mungkin jimat sikit la sebab bole masak sendiri.

Kepada yang baru belajar memasak tu mungkin masih makan di kedai la kan.
Kalau yang pandai tu mesti tahu port jual seafood yang murah kan. Tapi susah jugak nak jumpa. Kalau jumpa pon kena ikut nasib masa membeli. Kalau cepat…mungkin dapat, tapi kalau lambat sikit…orang lain dah sambar dulu lah. Biasanya di pasar pasar tani ada menjual seafood ni. Tapi mungkin tidak banyak pilihan sangat.

Siapa yang tak pernah makan lala? Kalau belum inilah masanya untuk mencubanya. Berbagai jenis cara memasaknya.

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resepi lala goreng tomyam yang dkongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN:

200gram lala – dicuci bersih dan ditoskan
1 sudu kecil pes tom yam
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 cendawan butang – dipotong halus
3 tangkai cili padi – dihiris halus
1 labu bawang besar – dihiris halus
2 batang serai – dititik
2 helai daun limau purut – dikoyak
1 sudu besar sos tiram
50ml air
Sedikit minyak

CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan sedikit minyak di atas kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah, serai dan cili padi sehingga sehingga naik bau.

2.Kemudian masukkan pes tomyam, sos tiram, sedikit air dan kacau sebati.

3.Selepas itu, masukkan lala, cendawan butang dan daun limau purut.

4.Biarkan mendidih dan kacau rata sehingga lala masak.

5.Angkat dan sedia dihidang.

Resepi lala goreng tomyam sedap sungguh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker