Pengkhianatan PBB di Palestin
Pengkhianatan PBB di Palestin. Sepanjang peperangan Saif Al Quds hingga sekarang ada tiga pengkhianatan besar Pertubuhan-Pertubuhan Bersatu (PBB) terhadap Palestin
Pengkhianatan pertama:
Kegagalan PBB melalui Majlis Keamanan mengutuk Israel menyerang Gaza. Sudah menjadi kebiasaan kuasa veto Amerika Syarikat (US) akan menggagalkan semua usul untuk mengutuk Israel dalam semua tindakan Israel menyerang mana-mana negara terutamanya Palestin.
Semua tindakan jahat Israel sebelum ini tidak mendapat apa apa tekanan dari PBB hatta hanya kutukan biasa tanpa tindakan fizikal pun AS akan menggagalkan usul tersebut.
Pengkhianatan kedua:
Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengecam kegagalan PBB memasukkan negara penjajah Israel dalam ‘Daftar Aib’ (List of Shame) yang dikeluarkan oleh PBB, yang menyenaraikan organisasi dan negara yang melanggar hak kanak-kanak di kawasan konflik.
Hamas juga mengecam desakan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk tidak memasukkan nama entiti tersebut (Israel) dalam senarai tahunan yang dikeluarkan, walaupun pada hakikatnya dia menganggap Israel bertanggungjawab atas sejumlah besar kejahatan terhadap kanak-kanak Palestin.
Ini termasuk pembunuhan, rompakan, pemenjaraan, penculikan dan perampasan banyak hak asasi, dan ketiadaan siasatan yang adil dan telus terhadap jenayah ini.
Serangan terbaharu Israel yang membunuh 66 kanak-kanak di Gaza, pembunuhan harian kanak-kanak serta mengheret mereka di persimpangan jalan di Tebing Barat adalah cukup untuk memasukkan entiti tersebut ( Israel ) dalam senarai hitam yang dikeluarkan itu.
Sikap berat sebelah yang menyokong Israel dengan mengorbankan keadilan dan hak-hak rakyat Palestin yang terkorban, tidak hanya membebaskan Israel dari hukuman terhadap jenayah yang dilakukannya, bahkan turut memberi Israel lampu hijau untuk meneruskan jenayah dan pelanggaran semua undang-undang antarabangsa.
Hamas menuntut Setiausaha Agung PBB untuk memperbaiki kesalahan besar ini dan menambahkan nama negara penjajah tersebut ke dalam senarai ‘Daftar Aib’, serta mengaktifkan semua gerakan antarabangsa untuk membuat mereka bertanggungjawab ke atas jenayah yang dilakukan, serta memberikan perlindungan kepada anak-anak Palestin.
Pengkhianatan ketiga ialah :
Rundingan antara Hamas dan delegasi PBB gagal kerana PBB tidak datang untuk berunding tetapi hanya membawa pesanan dari Israel untuk membebaskan tentera mereka yang ditangkap di Gaza.
Mereka menjadikan pembebasan tentera Israel sebagai syarat untuk meredakan sekatan Israel terhadap Gaza tanpa mengambil peduli isu pertukaran tahanan Palestin di penjara Israel.
Cara mereka berinteraksi ibarat rakyat Gaza bukan manusia. Mesyuarat berakhir dan tiada keputusan yang dicapai.
Sumber: Gaza Now
Ketua Hamas di Jalur Gaza Yahya Al-Sinwar menyifatkan pertemuan dengan penyelaras PBB itu sebagai teruk dan tidak ada niat untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Kami juga akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan pejuang untuk memutuskan langkah kami yang seterusnya.
Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan Isma Kelantan
Baca Artikel Menarik :
- Kenapa Hishammuddin tak nafi kenyataan Nazri?
- Langkah Nazri sokong Hisham strategi lemah
- Peluk, berguling: Aeril, Wawa sedia dikecam
- M40 jadi B40, terpaksa minta beras sekarang
- Penagih guna absorber kereta pecahkan mesin CDM
- Resepi Kerabu Maggi Thai
Layari Laman Facebook MYKMU
Makan bubur kutip pucuk tumbuhan tepi jalan untuk alas perut
You must be logged in to post a comment.