Kondominium Miami runtuh, 99 tertimbus


Kondominium Miami runtuh, 99 tertimbus

MIAMI, FLORIDA – Seorang terkorban manakala 99 lain masih hilang selepas dua bahagian pada sebuah bangunan kondominium 12 tingkat di Miami runtuh, lapor laman berita RT News semalam.

Penolong Ketua Bomba daerah Miami-Dade, Ray Jadallah mengesahkan 55 unit pangsapuri di bahagian timur laut bangunan itu runtuh dan seramai 35 mangsa berjaya diselamatkan dari celah runtuhan itu manakala 10 yang lain ‘diperiksa dan dirawat’ di lokasi kejadian.

Walaupun jumlah mangsa yang masih hilang belum dipastikan keadaannya, namun setakat petang semalam, seramai 99 individu dilaporkan masih hilang.



Beberapa biji tilam adalah antara item yang ditemui pasukan penyelamat di celahan runtuhan. -Sky News
Pengarah Polis daerah Miami-Dade, Freddy Ramirez berkata, kawasan kejadian kini merupakan lokasi yang ‘sangat bahaya’ dan ‘sangat tidak stabil’ kepada pekerja penyelamat.

Pengurus Bandar Surfside Andrew Hyatt mengakui bahawa misi mencari dan menyelamat boleh memakan masa ‘sekurang-kurangnya seminggu’ dan berkata, melihat kepada kemusnahan bangunan itu, lebih banyak kematian dikhuatiri akan berlaku.

“Ini adalah bencana kegagalan bangunan itu dan kita perlu berusaha memahami apa yang berlaku,” katanya kepada NBC’s Today News semalam.

Sebanyak 80 pasukan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan pihak polis sedang menyiasat punca kejadian.



Bangunan yang dikenali sebagai Champlain Towers South itu menempatkan 136 unit apartmen dan dua bangunan lain di kawasan yang sama, dikenali Champlain Towers North dan Champlain Towers East. Agensi

Kondominium Miami runtuh, 99 tertimbus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Anak anjing selamatkan sekeluarga daripada kebakaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker