Parlimen bersidang selewat-lewatnya September – Azhar


Parlimen bersidang selewat-lewatnya September – Azhar

Akhirnya tanda lebih jelas mengenai tarikh pembukaan parlimen muncul apabila hari ini Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim mengeluarkan kenyataan bersama.

Berdasarkan jangkaan kedua-dua mereka, tarikh pembukaan parlimen itu tidak banyak bezanya dengan apa yang dibayangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Menurut kenyataan Azhar dan Rais, mereka menjangkakan sidang parlimen secara hibrid boleh diadakan pada akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama Sept nanti.

Kata mereka, sebelum sidang secara hibrid diadakan, suatu sidang khas perlu diadakan terlebih dahulu pada awal Ogos ini bagi memperincikan hal resolusi berkaitan sidang parlimen hibrid.

Kata mereka ia termasuklah beberapa pindaan ke atas peraturan mesyuarat, takrif persidangan maya, penyelarasan tanggungjawab ahli parlimen serta hal-hal teknikal berkaitan.

Sidang itu dilakukan bagi membolehkan ahli-ahli parlimen mengambil bahagian dalam perincian berkenaan.

“Mengambil kira perkara-perkara ini dan tertakluk kepada keperluan di atas, dijangka persidangan parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau pun selewat-lewatnya minggu pertama September 2021,” kata mereka. Mk

Parlimen bersidang selewat-lewatnya September – Azhar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cabut atap rumah lepas cerai kerana harta sepencarian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker