Nazri kawan saya, tapi salah tetap salah


Nazri kawan saya, tapi salah tetap salah

PETALING JAYA: Pengarah pilihan raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman hari ini menempelak langkah Nazri Aziz memperolehi akuan bersumpah (SD) daripada ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional untuk menyokong Hishamuddin Hussein.

Beliau berkata Nazri seolah-olah “mahu bertindak sesuka hati” dalam mengucar-kacirkan parti dengan tindakannya itu dan “mungkin” salah kira mengenai tahap sokongan terhadapnya.

“Kita mesti mendengar kepada parti. Patuh kepada disiplin, keputusan, arahan dan protokol parti. Apakah kerana kami Ahli Parlimen, maka tidak perlu mendengar kepada parti,” kata Tajuddin kepada FMT.

“(Nazri) Kawan baik saya. Kami rapat tetapi salah tetap salah,” kata Tajuddin yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Beliau berkata tindakan Nazri mengumpul sokongan menerusi SD untuk Hishamuddin menimbulkan pelbagai tanda tanya, termasuk sokongan untuk Ahli Parlimen Padang Rengas itu sendiri.

“Saya kesian Nazri. Beliau berfikir Ahli Parlimen bersamanya. (Tetapi) sokongan itu kemungkinan tidak ‘solid’,” kata beliau.

Beliau berkata Ahli Parlimen terbabit juga tentunya “memikirkan kedudukan diri sebab mahukan presiden parti mencalonkan mereka untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang.”

Tajuddin berkata 25 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Nazri dan Hishamuddin, sudah tentu tampil mengisytiharkan sokongan itu jika mereka sanggup dipinggirkan pada PRU15.

“Tak masuk akal jika mereka tidak peduli sama ada dicalonkan untuk bertanding pada PRU. Saya tidak fikir mereka sanggup membuat pengorbanan sampai ke tahap itu,” kata beliau.

Awal minggu ini, Nazri mendakwa 25 daripada 41 Ahli Parlimen Umno-BN menandatangani SD menyokong supaya Hishammuddin mewakili mereka jika dipanggil menghadap Agong.

Nazri mendakwa usaha itu dibuat kerana majoriti Ahli Parlimen BN hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam gabungan itu. FMT

Nazri kawan saya, tapi salah tetap salah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Md Alwi sangkal dakwaan Nazri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker