Vaksin saja tak boleh selamatkan negara – Najib


Vaksin saja tak boleh selamatkan negara – Najib

Tak boleh bergantung pada vaksin saja untuk selamatkan negara, kata Najib

Malaysia tidak boleh bergantung pada vaksinasi semata-mata untuk menurunkan kes jangkitan harian Covid-19, kerana proses imunisasi besar-besaran tidak menjamin jumlah itu akan menurun, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Pelan Pemulihan Negara kerajaan melihat peratusan rakyat yang divaksin sepenuhnya serta kes jangkitan harian sebagai penanda aras untuk menentukan bila fasa baharu pelan itu akan bermula, selain membolehkan peraturan sekatan pergerakan dilonggarkan.



Bagaimanapun, dalam hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, peningkatan jumlah orang yang divaksin tidak semestinya akan mengurangkan bilangan kes, bererti negara mungkin “tersekat memanjang di sesuatu fasa sebab kes baharu tetap tinggi biarpun peratusan vaksinasi telah mencapai target.”

Najib memetik Chile sebagai contoh, yang seperti Malaysia menggunakan vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca, untuk bilangan penduduknya yang separuh saiz populasi Malaysia.

“Biarpun kadar vaksinasi di Chile sangat tinggi berbanding Malaysia (dengan sebanyak 63.7% telah menerima dos pertama dan 50.2% dos kedua), tapi kes baharu dan kematian baharu tetap tinggi dan tidak menunjukkan penurunan ketara. Sebab itu, baru-baru ini Chile sekali lagi umum ‘lockdown.’

“Justeru, kerajaan PN (Pakatan Nasional) tidak boleh bergantung sahaja kepada vaksinasi untuk selamatkan negara.” katanya.



Sebaliknya kata Najib, tempoh ‘lockdown’ yang amat ketat tetapi singkat dengan bantuan penuh diperlukan untuk memutuskan rantaian jangkitan, selain melaksanakan aktiviti saringan besar-besaran yang komprehensif.

“Kita tidak semestinya jadi seperti Chile, tetapi ia tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kita tidak menjadi seperti Chile, dan ada ‘back-up plan’ … supaya rakyat dan ekonomi dilindungi.

“Pelan pemulihan negara bukan setakat satu-persatu menteri membuat lawatan ke pusat vaksinasi untuk peluang ‘berselfie’ sahaja.

“Vaksinasi adalah amat penting dan patut dipercepatkan tapi orang putih kata, ‘hope for the best but plan for the worst’ (harapkan yang terbaik tetapi bersedia untuk yang terburuk).” katanya.
FMT



Vaksin saja tak boleh selamatkan negara – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Arab Saudi lulus campuran dos vaksin berbeza



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker