MP UMNO & BN Sepakat Sokong Pelan Pemulihan Negara – Ismail Sabri
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, mengisytiharkan Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional “sepakat” untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang dirancang pentadbiran Muhyiddin Yassin, di sebalik kritikan presidennya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi, terhadap rancangan itu.
Beliau mendakwa Ahli Parlimen Umno, MIC, dan MCA mendukung rancangan itu sebagai “suatu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak Covid-19”.
“Keutamaan Ahli Parlimen daripada Umno/BN adalah demi kelangsungan hidup rakyat, dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa depan negara,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut membuat kenyataan bagi pihak menteri dan timbalan menteri Umno dan BN
“Menteri serta Timbalan Menteri daripada Umno/BN akan memastikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing,” katanya.
“…terutamanya melibatkan tugas dan portfolio yang berkait secara langsung dalam mengekang penularan Covid-19, pelaksanaan vaksinasi, serta pemulihan ekonomi rakyat dan negara.”
Zahid pada Sabtu berkata Pelan Pemulihan Negara itu tidak menggembirakan rakyat, sebaliknya menambah kebimbangan.
Beliau menulis di Facebook tiada bantuan yang “benar-benar konkrit” untuk membantu mereka, selain pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 fasa demi fasa.
“Pemberian moratorium masih bersyarat itu dan ini oleh pihak bank. Desakan i-Sinar 2.0 tiada respon sehingga kini.
“Bagaimana peniaga-peniaga kecil ini hendak meneruskan kehidupan mereka selepas ini?” soalnya.
MP UMNO & BN Sepakat Sokong Pelan Pemulihan Negara – Ismail Sabri
Baca Artikel Menarik :
- Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan
- Bomba selamatkan wanita dikurung suami alami tekanan
- Agong wajar bertindak atas nasihat PM mengikut Perlembagaan
- Siti Sarah dan Shuib kembali berduet
- Lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf
- Resepi Kari Kambing special
Layari Laman Facebook MYKMU
Shahidan jangan tembak dalam gelap, reka cerita kucar-kacirkan keadaan
You must be logged in to post a comment.