Pemimpin Kashmir desak Modi kembalikan autonomi wilayah

Pemimpin Kashmir desak Modi kembalikan autonomi wilayah. Ahli politik Kashmir mahu mendesak Perdana Menteri India, Narendra Modi mengembalikan autonomi Jammu dan Kashmir ketika pertemuan Khamis ini.

Perkara itu menerusi perbincangan pertama sejak Modi mengambil status istimewa wilayah itu dua tahun lalu, kata pegawai parti.

Sebilangan ahli politik yang akan bertemu Modi pada hari tersebut adalah antara ribuan orang yang ditahan sebelum ini untuk mencegah serangan balas terhadap tindakan mengejutkan itu.

Kerajaan juga mengenakan sekatan komunikasi selama berbulan-bulan di lembah Kashmir bagi menyekat penentangan.

“Agenda kami adalah pemulihan status Jammu dan Kashmir pra-5 Ogos 2019,” kata pemimpin Parti Demokratik Rakyat (PDP), Mehbooba Mufti kepada rakannya pada Ahad, menurut dua pegawai yang menghadiri mesyuarat dalam talian.

Pemimpin kanan Persidangan Nasional juga bertemu pada hujung minggu dan menyokong keputusan itu untuk mendorong pemulihan kenegaraan serta status istimewa, kata seorang pegawai parti.

“Kami akan menuntut dua tuntutan ini dalam pertemuan dengan Perdana Menteri,” kata pegawai itu.

Ketiga-tiga pegawai tersebut enggan nama didedahkan kerana perbincangan itu bersifat peribadi.

Sementara itu, jurucakap PDP, Suhail Bukhari berkata, perwakilan PDP dan Persidangan Nasional akan bertemu pada Selasa ini bersama anggota pakatan lain yang dibentuk tahun lalu.

Tindakan itu bagi mencari pemulihan autonomi Kashmir secara aman serta bersiap sedia perbincangan bersama Perdana Menteri. – Agensi

Pemimpin Kashmir desak Modi kembalikan autonomi wilayah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pas Perak sokong Sidang DUN dibuka segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker