Padah alih meja makan, peniaga didenda RM800
Padah alih meja makan, peniaga didenda RM800. Gara-gara mengalih satu set meja makan kayu dari rumah sewanya ke tempat yang lain tanpa keizinan pemilik, seorang peniaga didenda RM800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Selayang.
Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Ferrul Azieman Mohd Rosdi, 29, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Indah Gemilang, Batu Caves pada 3 petang, 14 Mei lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 15 (2) (c) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada 15 Mac lepas, pengadu mendapati set meja makan di rumahnya telah hilang dan hasil daripada maklumat rakannya, lelaki itu telah pergi ke sebuah rumah di Taman Indah Gemilang yang diduduki bekas penyewanya, iaitu tertuduh dan mendapati perabot tersebut berada di situ.
Ketika rayuan, peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum atas alasan itu adalah kesalahan pertama anak guamnya dan dia juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama serta akan lebih berhati-hati.
“Anak guam saya seorang peniaga dan rumah tersebut disewa untuk dijadikan pejabat. Apabila ingin keluar dari rumah sewa tersebut, pekerjanya telah mengalihkan set meja makan itu dan membawanya ke rumah diduduki anak guam kerana menyangka ia adalah milik majikan mereka,” katanya.
Timbalan pendakwa raya Khairunnisak Hassni bagaimanapun memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh. Tertuduh membayar denda tersebut.
Padah alih meja makan, peniaga didenda RM800
Baca Artikel Menarik :
- Pas Perak sokong Sidang DUN dibuka segera
- Parlimen perlu bersidang demi rakyat bukan kepentingan politik
- Pentadbiran ‘kayangan’, Masazlina dan timbalan PPBM JB letak jawatan
- Mila Jirin terpaksa jual durian
- Resepi udang rangup salut wantan
- Jangan berkompromi dengan Israel – NGO Islam
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.