Notis palsu mesyuarat biro politik UMNO


Notis palsu mesyuarat biro politik UMNO
Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan pejabatnya ada menjemput media untuk sebarang program pada hari ini.

Setiausaha Agung UMNO berkata, notis jemputan liputan media mesyuarat biro parti itu yang tular dalam kalangan media adalah berita palsu.

Beliau berkata, dalam seminggu ini ada tiga berita palsu mengenai UMNO.

Yang pertama berita Presiden UMNO memecat Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Presiden panggil Menteri UMNO termasuk jemputan media.

Jemputan itu menyatakan mesyuarat berkenaan akan diadakan pada jam 8 malam ini bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Menara Dato Onn.

Susulan tular jemputan itu, beberapa media melaporkan Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar malam ini.

Mesyuarat itu, dilaporkan bagi membincangkan langkah susulan selepas titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berpandangan Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Bagaimanapun, ada media melaporkan mesyuarat berkenaan akan diadakan secara maya. MG

Berita semalam :-

Tiada mesyuarat UMNO hari ini

UMNO tidak mengadakan apa-apa mesyuarat hari ini, kata Setiausaha Kerjanya, Datuk Sumali Reduan.

“Tak ada. Tiada sebarang mesyuarat esok … Biro Politik atau mesyuarat apa sekali pun,” katanya ringkas kepada BH dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ditanya mengenai satu laporan yang memetik sumber parti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memanggil Biro Politik untuk bermesyuarat hari ini.

Dikatakan, mesyuarat itu bagi membincangkan hala tuju parti diadakan di ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, jam 3 petang hari ini.

Notis palsu mesyuarat biro politik UMNO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan terima unta tua masuk PH lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker