Resepi Bubur Pulut Hitam Campur Durian

 

Resepi Bubur Pulut Hitam Campur Durian

Resepi Bubur Pulut Hitam Campur Durian

Bahan-Bahan :

  • 200gm pulut hitam
  • 2 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 cawan gula pasir – ikut citarasa masing-masing
  • 1/3 cawan gula merah
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 6-7 ulas durian

Bahan Sos Santan Pekat:

  • 1/2 cawan santan pekat
  • sedikit garam halus

Cara-caranya:

1. Cuci bersih beras pulut hitam, rendam 2 jam (lebih elok semalaman beras cantik kembang dan cepat masak).

2. Dalam periuk masukkan beras pulut hitam bersama dengan dua cawan air dan daun pandan, masak hingga butir-butir beras kelihatan pecah, jika air kering boleh tambah lagi air secukupnya.

3. Kemudian masukkan santan, gula pasir, gula merah masak gula hingga larut. Santan ikut citarasa, jika tidak mencukupi boleh tambah santan.

4. Rasa sudah cukup rasa, masukkan durian, biarkan masak sebentar supaya rasa durian elok bercampur dengan bubur.

Sediakan Sos Santan Pekat;

5. Masukkan santan pekat ke dalam periuk bersama dengan sedikit garam halus untuk rasa lemak-lemak masin. Rasa masinnya tidak perlu terlalu masin, sedang-sedang sahaja. Masak hingga timbul buih di tepi periuk tutup api, siap.

Cara Hidangan;

6. Letak bubur pulut hitam di dalam mangkuk, tuang sos santan pekat dan durian, sedia dinikmati.

Resepi Bubur Pulut Hitam Campur Durian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jual ‘Karipap’ RM6,000 sehari 9 wanita asing ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker