Bomba selamatkan warga emas terperangkap

Bomba selamatkan warga emas terperangkap
Bomba selamatkan warga emas terperangkap

Lelaki warga emas diselamatkan bomba selepas terperangkap dalam timbunan barang lusuh dan sampah yang dikumpulkan di dalam rumahnya di Apartment Bukit Saujana, Lorong Bukit Kukus, Paya Terubong, di George Town, semalam.

Menurut laporan Berita Harian, timbunan sampah itu difahamkan berpunca daripada tabiatnya yang gemar mengumpul barangan terpakai sejak 10 tahun lalu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Mohd Sarmizi Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.02 malam.

Katanya, panggilan itu dibuat oleh anak mangsa yang mendakwa bapanya yang berusia 70 tahun terperangkap dan tidak dapat keluar daripada rumah di tingkat 12 yang sarat dengan sampah dan barang lusuh.

“Ketika di lokasi, didapati rumah yang didiami lelaki berusia 70 tahun itu dilitupi sepenuhnya oleh timbunan sampah.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 50 minit bagi mengeluarkan mangsa dengan memotong geriji besi menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut Mohd Sarmizi berkata, anak mangsa mendakwa bapanya tinggal seorang diri dan sudah lama tidak keluar dari rumahnya.

Difahamkan bahawa anaknya itu tinggal di blok perumahan yang sama tetapi di unit berlainan.

“Anaknya mendakwa sudah berkali-kali menasihati bapanya supaya berhenti mengumpul barangan lusuh selain jiran yang turut mengadu, namun tidak diendahkan mangsa.

“Mangsa diserah kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut sama di lokasi bagi tindakan lanjut,” katanya lagi. FMT

Bomba selamatkan warga emas terperangkap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Abam bomba selamatkan tiga beranak dalam kebakaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker