Konflik Palestin-Israel: Keadaan pasukan Malbatt di Lubnan dipantau

Kerajaan mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga serta memantau keadaan rakyat Malaysia di Lubnan termasuk pasukan pengaman Malbatt yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) berikutan konflik Palestin-Israel.

Wisma Putra berkata, tindakan itu dibuat ekoran situasi konflik yang berterusan di mana kawasan di Selatan Lubnan turut menjadi serangan pihak Israel.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan.

“Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar dapat menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, kerajaan turut memutuskan agar ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan.

“Ia sebagai langkah pro-aktif Kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara.

“Selain Malaysia, Kedutaan Besar United Kingdom dan Pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Beirut telah menghantar pulang ahli keluarga mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaaan boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker