Kerajaan tak gagal kawal Covid-19 – Azmin

Sebaran :


Kerajaan tak gagal kawal Covid-19 – Azmin

Kerajaan tidak gagal dalam mengawal jangkitan Covid-19 malah sebenarnya telah berjaya mengurangkan landai keluk sehingga kes harian baharu menurun, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali.

Beliau berkata, kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan berbilion ringgit kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan semua kemudahan sama ada di unit rawatan rapi (ICU) atau Pejabat Kesihatan Daerah mencukupi.

Katanya lagi, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengawal pergerakan dilihat memberi kesan positif.

“Inilah sedang dilakukan dan saya yakin kalau kita dapat percepatkan program imunisasi mengikut jadual ditetapkan ia boleh membantu kita kalau kita mengikut pelan pemulihan negara.

“Ini semua terbukti dan kita telah pun nampak keberkesanan yang dilakukan kerajaan sekarang ini,” katanya menurut laporan portal berita MalaysiaGazette pada sidang media di pusat pemberian vaksin (PPV) di Mount Austin hari ini.

Hari ini, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 6,440 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Dalam muat naik di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah angka 685,204.
FMT

Kerajaan tak gagal kawal Covid-19 – Azmin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kayuh basikal jual produk sejuk beku


Sebaran :

Leave a Reply