Resepi Kek Marble Jelita Menawan

Resepi Kek Marble Jelita Menawan

Hi Semua, kek marble jelita yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini memang agak lambat share resepi ini dengan anda semua.

Sebabnya kek marble jelita yang menawan ini ambil masa yang lama untuk test kek ini, dan banyak sesi kegagalan yang tejadi dan setiap kali bakar tu belajar sesuatu yang baru, catit nota dan benda-benda penting untuk di kongsikan dengan anda semua.

Nampak mudah, bahan-bahan pun simple, resepi pun lebih kurang saja. Cuma yang membezakan kek marble yang jelita ini adalah teknik dan tips sepanjang kita hasilkan kek marble jelita ini.

Resepi Kek Marble Jelita
Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak:1 jam 15 minit,
Jumlah Hidangan:loyang 8 inci x 8 inci

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk kek marble jelita:

5 biji telur
220g tepung naik sendiri
170g gula kastor
60ml susu full cream
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalette
150g mentega (salted)
**Kalau guna mentega unslated, tambah 1/4 sudu kecil garam dan ayak bersama tepung.

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kek marble jelita:

Gris loyang dengan mentega dan lapik kertas baking.

Ayak tepung naik sendiri.

Cairkan mentega.

Masukkan telur, gula kastor, tepung naik sendiri yang diayak, susu full cream, esen vanilla dan ovalette didalam bekas pengadun lalu putar dengan kelajuan rendah.

Kemudian, sambung kepada kelajuan sederhana dalam anggaran selama 10-12 minit sehingga kembang, pekat dan adunan menjadi putih.

Tukar kepada kelajuan rendah semula, lalu masukkan mentega cair sedikit demi sedikit. Putar sehingga 2-3 minit sehingga mentega menjadi sebati dalam adunan.

Sesudah itu, bahagikan adunan kepada tiga bekas kecil sebagai hiasan dan simpan juga adunan untuk kek nanti. Tiga adunan dimasukkan berlainan pewarna makanan iaitu merah, merah pudar dan hijau.

Masukkan adunan yang sudah dicampur pewarna kedalam piping bag.

Masukkan adunan yang disimpan kedalam loyang.

Hiaskan dengan tiga adunan berwarna mengikut corak dan kreativiti sendiri.
Bakar adunan pada suhu 150C selama 10 minit pertama. Kemudian, sambung pada suhu 140C selama 60 minit. Tutup dengan aluminium foil selepas minit yang kedua atau apabila permukaan kek mula menjadi perang.

Selepas siap bakar, keluarkan kek daripada loyang yang masih panas dengan terbalikkannya diatas redai besi dan biarkan sekejap beberapa minit.

Terbalikkan semula kepada permukaan kek dan potong atau trim bahagian tepi kek supaya kelihatan kemas.

Hias kek dengan manik atau mengikut kesukaan sendiri dan kek marble jelita sudah siap.

Tips:

Pastikan adunan kek betul-betul diputar sebaiknya dan kembang elok bagi mengelakkan kek marble tidak gebu.serta tidak menjadi.

Pewarna kek adalah mengikut kreativiti sendiri jika mahu menggunakan warna yang lain.

Panaskan dulu ketuhar 15 minit sebelum membakar adunan kek.

Setiap 10 minit ketika membakar kek, alih atau pusingkan loyang dalam ketuhar supaya pembakaran menjadi sekata.

Jika mahu hias kek, pastikan kek sejuk terlebih dahulu kerana takut hiasan diatas kek menjadi cair akibat kek yang panas.

Resepi Che Nom


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Kek Pandan Gula Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker