Isteri dirantai seperti anjing selama 4 tahun

Sebuah mahkamah di China menjatuhi hukuman penjara terhadap enam individu berhubung satu kes pemerdagangan manusia berprofil tinggi di mana seorang wanita ditemui dalam keadaan dirantai di sebuah perkampungan terpencil pada  tahun lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Mangsa bernama Xiaohuamei, manakala suaminya  yang dikenali sebagai Dong, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana menyeksa, mendera dan menjadikan wanita itu sebagai tahanan. Lima tertuduh lain dihukum penjara antara lapan tahun hingga 13 tahun.

Penderitaan Xiaohuamei mendapat perhatian  orang ramai pada Januari 2022 apabila seorang pesohor blog video menemui wanita tersebut di sebuah pondok buruk di luar rumah keluargnya di Xuzhou, wilayah Jiangsu.

Dia ditemui dalam keadaan rantai besi dililit pada lehernya.

Video tersebut menjadi tular dan mencetuskan kebimbangan kes pemerdagangan manusia.

Xiaohuamei yang dikatakan berusia dalam lingkungan 40-an,  dilaporkan mempunyai lapan anak dan ditemui dalam keadaan keliru dan mentalnya tidak stabil.

Perbicaraan di mahkamah menyebut bahawa Xiaohuamei ketika remaja telah diculik daripada rumahnya di wilayah Yunnan pada tahun 1998 dan dijual kepada seorang petani di wilayah Donghai pada harga 5,000 yuan (RM3,205).

Setahun kemudian, dia sekali lagi dijual kepada lebih ramai pengedar di mana kali ini sepasang suami isteri, menguruskan penjualan wanita tersebut kepada bapa Dong.

Dong dikatakan memaksa Xiaohuamei melahirkan lapan anak dan ketika dia melahirkan anak ketiga, keadaan skizofrenia yang dialaminya semakin buruk. Ia menyebabkan lelaki itu semakin agresif menderanya.

Pada 2017, dia menempatkan wanita itu di dalam sebuah pondok di luar rumah keluarganya, di mana Xiaohuamei diikat dengan tali kain dan rantai. Pondok itu juga tiada bekalan elektrik atau lampu selain wanita itu sering dibiarkan kelaparan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker