Ibu tanpa gigi dikecam cuba lakukan transformasi wajah

Ibu tanpa gigi dikecam cuba lakukan transformasi wajahIbu tanpa gigi dikecam cuba lakukan transformasi wajah

LONDON – Seorang wanita yang kehilangan hampir kesemua giginya menjadi mangsa kecaman selepas melakukan transformasi wajah menggunakan solekan dan gigi palsu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Alicia, memuat naik videonya di akaun TikTok @princxssglitterhead yang memaparkan dirinya sedang bersolek dan merapikan rambut palsunya.

Alicia terpaksa menggunakan gigi palsu apabila hampir semua giginya luruh selepas empat kali hamil sebelum ini.



Sambil menggerakkan bibirnya mengikut lagu latar belakang, Alicia menyolek keningnya, bulu mata dan wajahnya sehingga menampakkan hasil yang menakjubkan.

Setakat ini, video itu telah mendapat tontonan lebih daripada sejuta kali dengan ada netizen yang menyokong tindakannya, malahan tidak kurang juga yang mengecam wanita itu.

“Video ini patut diharamkan di media sosial,” tulis seorang pengguna.

“Ini sepatutnya menjadi jenayah perang,” tulis seorang lagi netizen.



Meskipun menerima kecaman, terdapat juga netizen yang menyokong sikap positif wanita itu dengan memberikan kata-kata semangat.

“Teruskan memuat naik kandungan positif! Kamu memberikan inspirasi kepada ramai orang,” tulis seorang pengguna. – AGENSI

Ibu tanpa gigi dikecam cuba lakukan transformasi wajah


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lelaki 39 isteri mati mengejut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker